Wolverine Sah Bakal Muncul Dalam Deadpool 3

Pelakon utama filem Deadpool, Ryan Reynolds membuat kejutan untuk peminat filem tersebut apabila mengumumkan kehadiran Hugh Jackman sebagai Wolverine dalam sekuel Deadpool 3 yang bakal ditayangkan pada 2024.

Menerusi video teaser yang dikongsi pada Selasa, Ryan Reynolds pada awalnya memberitahu mengenai perkembangan terkini filem Deadpool. Namun, kemunculan Hugh Jackman yang tiba-tiba berjalan di belakang Ryan Reynolds membuatkan ramai peminat teruja.

Hugh, awak nak jadi Wolverine sekali lagi?

Kedua-kedua pelakon popular itu kemudian duduk bersama menceritakan bagaimana Wolverine muncul semula sedangkan watak tersebut telah ‘dimatikan’ menerusi filem Logan pada 2017.

Memandangkan ini debut pertama Deadpool dan Wolverine di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), korang semua mesti teruja kan?

 

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post