Pengguna Setia Apple Di Malaysia Teruja Akhirnya Dapat Miliki iPhone 14

Selepas tempahan untuk produk terbaru, iPhone 14 dibuka sejak minggu lalu, pengguna di Malaysia akhirnya menarik nafas lega apabila dapat menggenggam telefon pintar terbaru keluaran Apple itu.

Antara yang teruja menjadi orang terawal memilik iPhone 14 ialah influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming. Menerusi perkongsian di Twitter, Khairul Aming bagaimanapun menyarankan agar pengguna yang menggunakan model iPhone 13 berfikir dua kali sebelum membeli model terbaru ini kerana fungsi yang ditawarkan hampir sama.

Honest review : kalau dh ada iphone 13 pro, i think tak worth sgt untuk upgrade sbb tak banyak beza. action mode tu bantu utk record content, but other than that tak significant sgt update yg lain. dynamic island is cool, but sehari dua bosan jgk nanti haha

Telefon pintar terbaharu syarikat, iPhone 14, berharga AS$799 bagi model asas, harga sama dengan versi semasa, manakala model premium iPhone 14 Pro Max berharga AS$1,100.

Set produk dikemas kini, termasuk bud telinga baharu, direka bentuk untuk mengekalkan kesetiaan pengguna terhadap ekosistem teknologi yang mewah.

Perkara paling besar yang diperkenal pada model Pro ini adalah tiada lagi takuk di dahi skrin. Ia digantikan dengan dua lubang, satu berbentuk bujur dan satu lagi bulat.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post