Categories
Selera

Baskin Robbins Macaron Ice Cream

Baskin Robbins Malaysia melancarkan aiskrim terbaru mereka iaitu Ice Macaron. Gabungan macaron dan aiskrim di tengah-tengah hadir dengan pelbagai perisa. Antaranya Pralines ‘n Cream, Cookies ‘n Cream dan Chocolate Mousse Royale.

Anda boleh dapatkan Baskin Robbins Ice Macaron di pasaraya berdekatan dengan harga RM16.90 sekotak.

Categories
Selebriti

Wolverine Sah Bakal Muncul Dalam Deadpool 3

Pelakon utama filem Deadpool, Ryan Reynolds membuat kejutan untuk peminat filem tersebut apabila mengumumkan kehadiran Hugh Jackman sebagai Wolverine dalam sekuel Deadpool 3 yang bakal ditayangkan pada 2024.

Menerusi video teaser yang dikongsi pada Selasa, Ryan Reynolds pada awalnya memberitahu mengenai perkembangan terkini filem Deadpool. Namun, kemunculan Hugh Jackman yang tiba-tiba berjalan di belakang Ryan Reynolds membuatkan ramai peminat teruja.

Hugh, awak nak jadi Wolverine sekali lagi?

Kedua-kedua pelakon popular itu kemudian duduk bersama menceritakan bagaimana Wolverine muncul semula sedangkan watak tersebut telah ‘dimatikan’ menerusi filem Logan pada 2017.

Memandangkan ini debut pertama Deadpool dan Wolverine di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), korang semua mesti teruja kan?

 

 

Categories
Gaya Hidup

Starbucks x dUCK Blooming Collection

Bermula 27 September 2022, Starbucks Malaysia melancarkan koleksi baharu mereka bersama jenama butik terkenal dUCK. dUCK x Starbucks Blooming Collection menampilkan pelbagai koleksi barangan seperti selendang, bekas air dan beg tote.

Koleksi yang bertemakan warga ungu iaitu warna ikonik untuk dUCK dan rekaan ilustrasi bunga raya, orkid dan ros.

Berikut merupakan harga jualan bagi setiap item yang bakal ditawarkan di dalam koleksi dUCK x Starbucks.

  • dUCk + Starbucks Blooming Thermos (20oz) – RM198
  • dUCk + Starbucks Blooming Nano Scarf with Charm – RM358
  • dUCk + Starbucks Blooming Shawl with Charm – RM388
  • dUCk + Starbucks Blooming Foldable Tote Bag – RM195
  • dUCk + Starbucks Tumbler with Charm (16oz) – RM95
  • dUCk + Starbucks Blooming Cold Cup (240z) – RM105
Categories
Gaya Hidup

Pengguna Setia Apple Di Malaysia Teruja Akhirnya Dapat Miliki iPhone 14

Selepas tempahan untuk produk terbaru, iPhone 14 dibuka sejak minggu lalu, pengguna di Malaysia akhirnya menarik nafas lega apabila dapat menggenggam telefon pintar terbaru keluaran Apple itu.

Antara yang teruja menjadi orang terawal memilik iPhone 14 ialah influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming. Menerusi perkongsian di Twitter, Khairul Aming bagaimanapun menyarankan agar pengguna yang menggunakan model iPhone 13 berfikir dua kali sebelum membeli model terbaru ini kerana fungsi yang ditawarkan hampir sama.

Honest review : kalau dh ada iphone 13 pro, i think tak worth sgt untuk upgrade sbb tak banyak beza. action mode tu bantu utk record content, but other than that tak significant sgt update yg lain. dynamic island is cool, but sehari dua bosan jgk nanti haha

Telefon pintar terbaharu syarikat, iPhone 14, berharga AS$799 bagi model asas, harga sama dengan versi semasa, manakala model premium iPhone 14 Pro Max berharga AS$1,100.

Set produk dikemas kini, termasuk bud telinga baharu, direka bentuk untuk mengekalkan kesetiaan pengguna terhadap ekosistem teknologi yang mewah.

Perkara paling besar yang diperkenal pada model Pro ini adalah tiada lagi takuk di dahi skrin. Ia digantikan dengan dua lubang, satu berbentuk bujur dan satu lagi bulat.

 

Categories
Selera

Zus Coffee Jual Kopi Vietnam

Zus Coffee Malaysia memperkenalkan barisan minuman berperisa baharu, ‘Vietnamese Coffee’ sejak 17 September lalu.

Empat minuman tersebut ialah Vietnamese Spanish Latté, Vietnamecano (Coconut Coffee), Vietnamese Coconut Coffee Frappé dan Viet-Cha Latté (Coconut Green Tea Latté).

Macam tak percaya je Zus jual kopi Vietnam kan? Dapatkan sekarang!

 

Categories
Automotif

Adakah Ini Model Baharu Proton X70 2024?

Model Geely Boyue L akhirnya telah mula dipasang di China dan dijangka dipasarkan pada suku keempat 2022 di negara itu.

Model Geely Boyue L merupakan model kompak SUV hasil usahasama Geely dan Volvo yang menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA).

Untuk rekod, model terdahulu Geely Boyue dijual di Malaysia dengan nama Proton X70. Adakah model terbaru ini bakal dipasarkan di Malaysia kelak? Sama-sama kita nantikan!