Kebelakangan ini, trend ceduk-ceduk seperti bahan kosmetik, gula-gula dan kerongsang mendapat sambutan hangat di Tiktok. Trend ini menggunakan kaedah dimana pembeli akan membayar jumlah harga tetap dan penjual akan mencedok barang secara rawak.
Nampak biasa-biasa je tapi Haram
Menjual dengan kaedah ini adalah hukumya gharar. Jual beli secara gharar adalah diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas.
Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Sam seperti trend ceduk-ceduk dimana jual beli barang secara rawak. Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tidak sah kerana mengandungi unsur gharar.