Top 5 Resipi Daging Paling Menarik

Selesai sahaja Hari Raya Haji, daging akan menjadi hidangan tetap. Oleh itu bagi anda yang buntu mencari idea untuk masak daging, berikut ialah Top 5 resepi berasaskan daging yang anda boleh cuba.

1. Daging Goreng Kunyit
BAHAN-BAHAN:
  • 500gm daging
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 4 ulas bawang besar |dihiris
  • 2 ulas bawang putih |dihiris
  • 2cm kunyit hidup |ditumbuk lumat
  • 4 tangkai kacang panjang |dipotong sepanjang 2.5cm
  • 1 bijicili merah |dihiris
  • 4 biji cili api
  • 2 sudu teh garam
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
  1. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian hiris nipis-nipis. Perap daging dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Kemudian goreng daging sehingga masak dan garing. Angkat sebentar.
  3. Kurangkan minyak, masukkan hirisan cili merah, cili api, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat.
  4. Setelah naik bau, masukkan daging bersama kacang panjang . Gaul hingga sekata dan perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
2. Daging Dendeng

Bahan – bahan:
  • Bawang besar 3-4 biji
  • Bawang putih 4-5 ulas
  • Halia (besar 2 ibu jari)
  • Belacan (besar 3 ibu jari) lbh pn ok..lg sedap
  • Cili kering blend (3/4 senduk)
  • Kicap manis (agak – agak untuk dapat wrna gelap)
  • Asam jawa 30g
  • Gula
  • Daging 1kg – rebus (potong nipis ikut urat – selepas rebus)
CARA MEMASAK:
  1. Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia dan belacan.
  2. Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan cili blend, tumis lagi sampai garing dan masukkan gula secukup rasa (pastikan betul – betul garing dan naik bau) -kesedapan dendeng pada garingnya cili tu.
  4. Masukkan air rebusan daging. Masukkan daging, gaul rata.
  5. Tuang kicap lemak manis. Kalau suka hitam, lebihkan. Kalau nak nampak merah2 sikit, kurangkan kicap.
  6. Bila dah agak kering, masukkan air asam jawa.
  7. Biar atas dapur sampai air agak kering dan daging bersalut.
3. Daging Goreng Ala Thai

BAHAN-BAHAN:
  • 800gm daging
  • 5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
  • 1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
  • 2 sb sos tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  •  Mentega
BAHAN UNTUK SOS:
  • Serbuk cili Thai
  • Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
  • 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
  • 2 sb air limau nipis
  • 3 sb air asam jawa
  • Kicap sotong / sos ikan
  • 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • Daun ketumbar dan daun bawang
CARA MEMASAK:
  1. Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam.
  2. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
  3. Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
  4. Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, sedia untuk dihidangkan.
4. Singgang Daging Kelantan

Bahan bahan:
  • 1/2 kg daging – hiris nipis
  • 1 inci lengkuas – hiris nipis
  • 1 inci halia – hiris nipis
  • 3 ulas bawang merah – hiris nipis
  • 5-6 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 3 tangkai cili kering – potong kecil
  • 3 tangkai cili kering – potong kecil
  • 1 sudu besar ketumbar biji – tumbuk kasar
  • 3 keping asam keping
  • Garam
  • Sedikit belacan
  • 4 tangkai cili padi merah
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam periuk kecuali asam keping. Pastikan daging separuh masak dan masukkan asam keping.
  3. Masak sehingga daging empuk. Tutup periuk supaya daging cepat empuk. Jika air kurang, boleh tambah.
5.  Kerutuk Daging

Bahan UNTUK DIKISAR:
  • 3 biji bawang merah
  • Seulas bawang putih
  • 2 hiris serai
  • Sehiris halia dan lengkuas
  • Jintan putih ½ sudu kecil
  • Rempah ketumbar ½ sudu kecil
Bahan LAIN:
  • 4 sekawan
  • 2 biji kentang dibelah
  • garam, gula dan nise Kelantan
  • 1 sudu kecil cili kisar
  • 3 ½ sb rempah kerutuk Kelantan
  • ½ air asam jawa
  • ½ cawan santan
  • ½kg daging yang dipotong nipis
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan sehingga garing. Kemudian masukkan cili kisar. Kacau sehingga cili kisar masak sedikit.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar dan kacau menggunakan api perlahan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan garam, gula dan nise Kelantan secukup rasa.
  5. Masukkan daging dan kentang kemudian kacau sehingga rata. Biarkan daging masak kira-kira 40 minit menggunakan api perlahan.
  6. Kemudian masukkan sedikit kerisik, santan dan sedikit air.
  7. Kacau sehingga sebati.
  8. Renehkan lauk menggunakan api perlahan untuk rasa yang lebih menyerlah.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post