PECAH REKOD LAGI!! Mat Kilau kutip 47 Juta tewaskan Munafik 2

Filem Mat Kilau yang sedang hangat diperkatakan ketika ini terus mencipta fenomena baru dalam industri seni tanah air. Manakan tidak, filem berdasarkan pahlawan melayu, berlatar masa lama telah berjaya menarik perhatian penonton ke pawagam.

Jelas filem ini sangat berkualiti dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Filem yang diarahkan Syamsul Yusof dan dibintangi pelakon hebat seperti Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Ashari Yayan Ruhian berjaya meraih kutipan RM47 juta selepas sebelas hari ditayangkan dan seteresunya menewaskan rekod peribadi Syamsul sebelum ini iaitu Munafik 2

Rata-rata penonton sangat berpuas hati serta gembira dengan Filem Mat Kilau.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post