PM Umum MRT, LRT, BRT, Monorel dan bas RapidKL FREE sebulan bermula hari ini!

 

Kuala Lumpur: Perkhidmatan pengangkutan awam kendalian RapidKL iaitu Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), monorel dan bas RapidKL ditawarkan secara percuma kepada Keluarga Malaysia selama sebulan, mulai hari ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini.

Menurutnya, pemberian perkhidmatan percuma itu diharap dapat meringankan beban kos sara rakyat.

“Ramai yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, jadi perkhidmatan percuma semua pengangkutan kendalian RapidKL boleh membantu meringankan beban.Pemberian perkhidmatan percuma ini diberikan selama sebulan mulai hari ini,” katanya.

Articles You Might Like

Share This Article