Trending

Seorang Pelanggan Fitness First Di AEON Bukit Tinggi, Klang Positif Covid-19

Reading Time: < 1 minute

AEON Bukit Tinggi, Klang hari ini dalam satu kenyataan memaklumkan seorang pelanggan Fitness First Platinum du pusat beli belah itu di disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Sumber Manusia dan Pengarah Komunikasi Korporat AEON Retail Malaysia, Dr Kasuma Satria Mat Jadi dalam entri terbaharu Facebook AEON Retail Malaysia. Menurut beliau, pelanggan terbabit berada di premis berkenaan pada 6 Oktober lalu di antara pukul 3.13 hingga 4.40 petang.

Premis Fitness First terbabit telah diarahkan ditutup bagi tindakan selanjutnya. AEON dan Fitness First Platinum sedang bekerja rapat dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk proses sanitasi seperti di tetapkan.

Beberapa hari lalu media melaporkan seorang pelanggan Fitness First di pusat beli belah Setia City Mall  positif Covid-19. Semua pekerja telah disarankan melakukan kuarantin selama 14 hari.