Trending

Pengawal Keselamatan Pusat Beli Belah 3 Damansara Pula Sah Covid-19

Reading Time: < 1 minute

Pusat beli belah 3 Damansara mengesahkan salah seorang pengawal keselamatannya yang bertugas di bahagian pusat arahan bomba positif COVID-19 pada 11 Oktober.

Pengawal keselamatan itu bagaimanapun tidak bekerja sejak 9 Oktober selepas rakan serumahnya terdahulu disahkan positif Covid-19.

Pihak pengurusan pusat beli belah itu turut memaklumkan kerja pembasmian dan menyahkuman di kawasan yang pernah dikunjungi oleh pekerja itu telah pun dilakukan.

Kami juga telah meningkatkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman dengan lebih kerap di kawasan umum terutama di blok pusat beli belah dan pejabat.

Semua kontak rapat kepada pekerja yang disahkan positif Covid-19 telah disaring dan diarahkan melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari sebelum saringan kedua dilakukan bagi memastikan mereka kesihatan mereka terjamin sebelum kembali bekerja.

Pihak pengurusan 3 Damansara juga tidak akan menutup premis tersebut dan hanya akan memperincikan kerja-kerja pembersihan sebaik tamat waktu operasi beli belah.