Trending

Pekerja Kedai Machines Di Mid Valley Positif Covid-19

Reading Time: < 1 minute

Kedai Machines di pusat beli-belah Mid Valley Megamall mengesahkan salah seorang pekerjanya positif Covid-19 pada 12 Oktober.

Pekerja itu memaklumkan terdapat kes positif di rumah pangsa tempat tinggalnya pada 10 Oktober dan tidak hadir ke tempat kerja sejak 8 Oktober lagi.

Machines berkata syarikat itu bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti kontak rapat pekerja bagi tujuan ujian dan kuarantin.

Kami akan melakukan ujian pencegahan yang lebih luas demi kepentingan keselamatan pekerja dan pelanggan kami.

Outlet Mid Valley kami ditutup untuk pembasmian kuman dan pembersihan sehingga diberitahu kelak.

Semalam media melaporkan satu kes positif Covid-19 dikesan melibatkan pekerja London Sales Cosmetics Sdn Bhd di pusat beli-belah yang sama.