Trending

Mid Valley Sahkan Satu Kes Positif Covid-19 Melibatkan Pekerja London Sales Cosmetics

Reading Time: < 1 minute

Pihak pengurusan pusat beli-belah The Gardens Mall (TGM) dan Mid Valley Megamall (MVM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan salah seorang pekerja London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC) positif Covid-19.

Pekerja tersebut pada 9 Oktober telah memaklumkan kepada majikan bahawa salah seorang anggota keluarganya terdedah kepada virus Covid-19. Dia kemudiannya melakukan proses kuarantin kendiri dan menjalani ujian pengesanan sebelum disahkan positif Covid-19 pada 10 Oktober.

Pihak pengurusan TGM dan MVM dimaklumkan tentang keputusan itu pada 11 Oktober. Justeru, ketiga-ketiga kedai di bawah pengurusan LSC diarah tutup dan operasi sanitasi telah dilakukan. Kawasan pusat beli-belah yang disyaki terlibat juga telah disanitasi.

Orang ramai dinasihati mematuhi SOP Kementerian Kesihatan, sentiasa memakai pelitup muka dan elakkan berada di tempat tumpuan ramai.

Kredit: Mid Valley Megamall