Trending

Macau Scam: SPRM Beku Akaun Babit RM75 Juta, Sita 24 Kenderaan Mewah

Reading Time: < 1 minute

Beberapa hari lalu seorang selebriti tempatan dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pengubahan wang haram didalangi sindikit ‘Macau Scam’. Selebriti itu bagaimanapun dilepaskan selepas ditahan hampir 23 jam.

Terbaru, SPRM membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira RM75 juta hasil aktiviti penggubahan wang haram, termasuk membabitkan selebriti. SPRM juga dikatakan menyita 24 kenderaan mewah dan kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka.

Walaupun tidak didedahkan identiti suspek, di media sosial berlegar gambar dan video pasangan suami isteri itu memperagakan kehidupan mewah mereka.

Memetik laporan Berita Harian, SPRM memaklumkan ada dalam kalangan pegawai agensi keselamatan dikesan menerima bayaran bagi melindungi kegiatan pelaburan Macau Scam ini. Sehubungan itu siasatan lanjut masih lagi dilakukan.

SPRM pada minggu lalu menahan lapan individu termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan Datuk bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan artis dan selebriti tanah air.

Sumber: Berita Harian