Trending

Dahlah Positif Dadah…Roadtax Tamat Tempoh, Lesen Pun Tak Ada!

Reading Time: < 1 minute

Pemandu wanita yang melanggar sebuah kereta Honda sehingga menyebabkan kematian didakwa memberikan pengakuan palsu kepada pihak berkuasa.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu kenyataan yang menafikan dakwaan pemandu Perodua Myvi bahawa dia mengelak kenderaan berhenti di hadapannya hingga terlibat kemalangan.

Dakwaan ada kereta berhenti di hadapannya, tidak benar. Dia memang laju. Ada banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak mempunyai lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh dan positif dadah jenis methamphetamine lagi.

Sebelum ini tular rakaman video di tempat kejadian yang menunjukkan kereta yang dipandu wanita itu dalam keadaan laju sebelum merempuh kereta lain yang berhenti di lampu insyarat.

Kemalangan itu telah meragut nyawa seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31 yang cedera parah di kepala selepas keretanya dirempuh kereta suspek.

Sumber: Sinar Harian