Trending

Tak Wajib Scan QR Code Masuk Kedai, Shopping Mall

Reading Time: < 1 minute

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media harian pada tengah hari tadi menjawab soalan wartawan mengenai tindakan pihak premis atau kedai mewajibkan pengunjung mengimbas kod QR yang disediakan bagi tujuan pengesanan.

Menurut beliau peraturan tersebut mungkin diperkenalkan di peringkat negeri sahaja memandangkan kerajaan persekutan tidak pernah mengeluarkan arahan wajib mengimbas kod QR setiap kali memasuki mana-mana premis namun ianya digalakkan.

“Kita galakkan tetapi bukan sesuatu yang diwajibkan. Jika ia diwajibkan, mesti terdapat dalam peraturan akta 342. Seperti juga memakai topeng dan sebagainya, digalakkan. 

Wajib itu tak boleh. Ini mungkin peraturan yang dikenalkan oleh kerajaan negeri dan ianya bertentangan dengan SOP dan Akta 342 yang telah diperkenalkan. Saya harap kerajaan negeri selaraskan dengan kerajaan persekutuan”

Menurut Ismail Sabri, aplikasi tersebut hanya alternatif jika pelanggan enggan menulis data peribadi seperti nama dan nombor telefon namun bukanlah sesuatu yang diwajibkan.

“Mungkin ramai yang tak berapa suka, tak setuju jika data peribadi seperti nombor telefon dan nama penuh diambil. Jadi kita sarankan guna QR code dan aplikasi yang telah dibangunkan. Aplikasi ini untuk memudahkan urusan tapi tidak diwajibkan.” 

Beberapa negeri dan premis perniagaan sebelum ini membangunkan aplikasi daftar masuk-keluar dan log lawatan dalam talian untuk orang ramai bagi memudahkan aktiviti pengesanan.

Menerusi aplikasi ini pengunjung diminta mengisi nombor telefon sebelum menerima nombor pin atau kod QR yang perlu ditunjukkan kepada atau diimbas oleh juruwang semasa pembayaran.

Sumber: Harian Metro