Travel

Tak Perlu Buat Ujian Covid-19 Masuk Sabah, Ramai Dah Plan Bercuti Di Kundasang

Reading Time: < 1 minute

Kerajaan Negeri Sabah hari ini memansuhkan syarat supaya individu yang ingin masuk ke negeri itu menjalani ujian COVID-19 terlebih dahulu.

Memetik laporan Awani, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata semua individu terutama yang bukan rakyat Sabah dan warga asing, diwajibkan mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri seperti mengemukakan pas kerja dan dokumen lain yang masih sah.

“Pada hari ini, Sabah memutuskan untuk memberi kelonggaran perjalanan masuk ke Sabah melalui semua laluan dengan mengecualikan individu menjalani ujian tersebut (COVID-19).”

“Bagaimanapun, bagi mereka yang bukan rakyat Sabah dan bukan warganegara Malaysia diwajibkan untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.”

Negeri itu sebelum ini meletakkan syarat mereka yang ingin memasuki Sabah supaya melakukan ujian Covid-19 di tempat atau negeri masing-masing sebelum dikecualikan menjalani kuarantin wajib.

Mereka juga perlu mengemukakan surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila setibanya di Sabah.

Tarikan utama di Kundasang, Desa Dairy Farm menerusi akaun rasmi Facebook milik mereka memaklumkan

Sumber: Awani

.