Trending

Surau Di RnR, Shopping Mall Dibuka Esok. Bawa Telekung, Sejadah Sendiri Sebagai Persediaan

Reading Time: < 1 minute

Umat Islam yang bakal memulakan perjalanan rentas negeri bermula 10 Jun menarik nafas lega apabila surau di semua kawasan Rehat dan Rawat (RnR) akan dibuka sepenuhnya bermula esok.

Menerusi sidang media harian Menteri Kanan Keselamatan hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu semua surau di RnR akan dibuka kepada orang ramai.

Kita tahu rentas negeri telah pun dibenarkan bermula esok. Saya percaya ramai yang akan melakukan perjalanan jauh, jadi surau di RnR akan dibuka. 

Tambah beliau, surau di pusat beli-belah juga akan dibuka bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat semasa membeli belah.

Begitu juga di shopping complex, sudah ramai pengunjung. Mereka mengadu surau masih ditutup jadi mulai esok semuanya akan dibuka. Namun tertakhluk kepada SOP yang telah ditetapkan. Mereka perlu mengamalkan disiplin dengan penjarakan sosial. 

Selain itu, gerai-gerai di RnR juga dibenarkan beroperasi.

PKPP | Surau, Gerai R&R Dibenar Operasi Esok

Kerajaan memberi kebenaran pembukaan semula surau di pusat membeli-belah dan kawasan rehat dan rawat (R&R). Gerai di R&R juga dibenarkan dibuka dan beroperasi bermula esok – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri YaakobVideo: Ihsan RTM

Posted by Buletin TV3 on Isnin, 8 Jun 2020