Trending

Sekolah Dibuka 24 Jun, Pelajar Rehat & Makan Dalam Kelas

Reading Time: < 1 minute

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat bermula pada 24 Jun 2020.

Menerusi sidang media khas itu, Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin memberitahu pembukaan sekolah hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.

Bagi memastikan keselamatan pelajar, guru dan semua staf, saringan suhu badan akan dilakukan di pintu masuk sekolah. Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 celcius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Radzi turut memaklumkan meja di dalam kelas akan disusun pada jarak 1 meter dengan kapasiti maksimum tidak melebihi 20 orang murid. Waktu rehat juga akan disusun secara berperingkat dan makanan akan dibungkus bagi membolehkan murid makan di dalam kelas sahaja. Murid turut digalakkan membawa bekal sendiri.

LIVE | Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan , Dr. Radzi Jidin Mengenai Pembukaan Semula Sesi Persekolahan

LIVE | Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan , Dr. Radzi Jidin Mengenai Pembukaan Semula Sesi Persekolahan

Posted by Malaysia Gazette on Rabu, 10 Jun 2020