Hiburan

Saya Akan Perbaiki Diri – Nabila Razali Respon Nyanyian Live ‘Terkucil’

Reading Time: < 1 minute

Persembahan secara langsung Nabila Razali di sebuah rancangan televisyen baru-baru ini dikritik netizen gara-gara didakwa gagal menyanyikan lagu Peluang Kedua dengan baik. Menerusi video viral di media sosial, ada bahagian yang didakwa suaranya ‘terkucil’ dan kurang enak didengar.

Menerusi entry terbaru di Instagram, Nabila Razali meminta maaf jika persembahannya itu telah menghampakan peminat.

Saya akan perbaiki diri di masa hadapan. Bella pasti apa yang berlaku ada hikmahnya. Kepada yang Whatsapp, call untuk tenangkan Bella, terima kasih kerana selalu ada bersama Bella. 

View this post on Instagram

A post shared by Second Chance ???? (@nabila.razali) on

Di ruangan komen, Nabila Razali dihujani komen kata-kata semangat daripada rakan artis seperti Hael Husaini dan Shiha Zikir.

Bella its okay. Setiap penyanyi confirm pernah jadi macam tu. Abaikan kata-kata negatif, just keep it up and don’t think too much. – Shiha Zikir

Kita manusia kakak. Bukan kita plan untuk jadi pun. Yang penting you’ve improved a lot than before. Be proud of yourself. – Wani Kayrie

Still proud of you – Hael Husaini