Gaya Hidup

Rindu Isteri Muda Antara Alasan Paling Popular Rentas Negeri

Reading Time: < 1 minute

Rindu isteri muda antara alasan paling popular individu yang mahu merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Terengganu.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik dalam satu sidang akhbar berkaitan pencapaian Op Mule Siri 2/2020 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

“Pada mulanya, mereka tidak mahu memaklumkan tujuan asal mahu merentas negeri mungkin kerana malu tetapi terpaksa akur dan kebenaran diberikan dengan melihat beberapa faktor.”

Tambah Roslee, walaupun ramai memberi alasan itu, mereka tetap dikehendaki menunjukkan surat atau dokumen berkaitan sebagai bukti sebelum dibenarkan merentas negeri.

Bercakap kepada Sinar Harian, Roslee memberitahu pihaknya menerima antara 500 hingga 700 permohonan melakukan perjalanan rentas negeri setiap hari.

Menerusi pengumuman khas Perdana Menteri hari ini, rakyat Malaysia dibenarkan rentas negeri tanpa halangan bermula 10 Jun.

Sumber: Sinar Harian