Makanan

Promosi Aiskrim Sofuto FamilyMart RM1 Je Bayar Guna TnG eWallet!

Reading Time: < 1 minute

Siapa kat sini kalau keluar rumah je mesti singgah FamilyMart? Pantang nampak kedai FamilyMart, dalam fikiran terus terbayangkan oden, aiskrim, dan macam-macam lagi menu istimewa FamilyMart.

Berita baik untuk korang semua, Ais krim Sofuto FamilyMart kini dijual dengan hanya RM1 je! Ye betul RM1 je dah boleh makan aiskrim sedap!

Caranya cukup mudah, korang cuma perlu gunakan TnG eWallet semasa membuat pembayaran aiskrim FamilyMart Sofuto ini. Terhad kepada 1 pembelian aiskrim Sofuto untuk setiap transaksi.

Promosi bermula setiap hari dari 1 Jun sehingga 7 Jun. Manakala 10 Jun sehingga 15 Julai nanti, aiskrim Sofuto yang berharga RM1 ini hanya boleh dibeli pada hari Rabu sahaja. Tunggu apa lagi, jom serbu FamilyMart yang berdekatan!