Trending

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 10 Jun Sehingga 31 Ogos

Reading Time: < 1 minute

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diganti kepada Perintan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.

Dalam sidang media khas itu, Perdana Menteri memaklumkan akan lebih banyak sektor ekonomi dan perniagaan dibenarkan beroperasi namun harus mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu bagi membendung wabak Covid-19 yang melanda negara. Sehingga hari ini, 8303 kes positif telah dilaporkan dengan 117 kematian direkodkan.