Trending

Orang Bujang Bakal Diberi Kelonggaran Rentas Negeri Balik Kampung?

Reading Time: < 1 minute

Kerajaan sebelum ini memberi kebenaran kepada pasangan suami isteri yang berjauhan atas tuntutan kerja untuk merentas negeri bermula 1 Jun. Berita gembira ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai terutamanya pasangan suami isteri yang sudah lama tidak berjumpa dengan pasangan dan anak-anak.

Peka dengan rintihan rakyat, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan orang bujang juga bakal diberikan kelonggaran merentas negeri tidak lama lagi.

Beri masa kepada kita untuk dibincangkan bila mereka boleh mulakan perjalanan. Kita tidak akan tutup pintu untuk selama-lamanya.

Saya pun bersimpati. Saya pun pernah bujang dulu. Setiap minggu kalau boleh nak jumpa arwah mak saya. Tentu kita rindu selama dua tiga bulan tak jumpa ini. Saya faham.

Pada sidang media yang berlangsung semalam, beliau memaklumkan kerajaan akan berbincang sama ada memberi kelonggaran atau tidak kepada golongan bujang yang rindukan keluarga untuk merentas negeri bagi pulang ke kampung.

Sebelum ini isu yang sama pernah dibangkitkan media menjelang aidilfitri tempoh hari. Namun ketika itu tiada kelonggaran diberikan kepada mana-mana pihak untuk merentas negeri bagi meraikan hari raya.

Sumber: Harian Metro