Makanan

Nak Untung Lebih, 12 Peniaga Durian ‘Licik’ Dikompaun Tipu Alat Timbang

Reading Time: < 1 minute

Nampaknya ada peniaga yang mengambil kesempatan ke atas pembeli ketika musim durian ini. Gara-gara nak untung lebih, 12 peniaga durian di sekitar Perak dikompaun RM100 setiap seorang kerana menipu dengan menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak sah.

Mereka ‘diserbu’ semasa pemeriksaan khas terhadap peniaga-peniaga gerai durian di sekitar Perak pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam.

Pengarah Pejabat KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, para peniaga wajib menggunakan alat timbang yang sah dan tindakan menipu pelanggan boleh menyebabkan mereka dikompaun mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 iaitu menggunakan atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan.

Pihak kementerian tidak mengawal harga bagi komoditi durian, namun peniaga wajib mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan daripada segi penandaan harga.”

“Selain itu, peniaga juga wajib memastikan penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan dan masih dalam tempoh sah”

Saifullizan turut menasihati pengguna agar menggunakan hak mereka dengan bijak semasa berbelanja pada tempoh PKPP untuk mengelak daripada dimanipulasi oleh para peniaga.

Sebarang aduan boleh disalurkan antaranya menerusi bilik gerakan rakan KPDNHEP Perak di talian 05-2414611 atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2794317.

Sumber: Bernama