Trending

Majikan Wajib Beri Pekerja Cuti Pada Hari Keputeraan Agong 8 Jun Ini

Reading Time: < 1 minute

Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan majikan tidak boleh menggantikan cuti umum tersebut pada tarikh yang lain.

Hari Kelepasan Am ini adalah termaktub sebagai Hari Cuti Umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 [Akta 265).

Hari Kelepasan Am ini tidak boleh digantikan oleh tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh ini hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran pada Hari Kelepasan Am selaras dengan peruntukan Akta 265.