Trending

Kenduri Kendara Tidak Dibenarkan Sepanjang PKPP

Reading Time: < 1 minute

Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos.

Selepas mengambil kira beberapa faktor, kerajaan bersetuju membuka sempadan negeri sepenuhnya dan rakyat Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri. Namun, mereka yang tinggal di kawasan-kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan merentas negeri.

Walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan, kenduri kendara yang melibatkan ramai orang masih tidak dibenarkan.

Selain itu kelab malam, pusat hiburan, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah orang yang ramai, rumah terbuka dan aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial tidak dibenarkan.