Travel

Hotel Di Langkawi Terima 1000 Tempahan Selepas Pengumuman Rentas Negeri PM

Reading Time: < 1 minute

Sebaik saja pengumuman rentas negeri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang hari ini, hotel di Langkawi dikatakan menerima lebih 1000 tempahan daripada pelancong domestik.

Ketua Pegawai Ekesekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir memberitahu Awani antara 4 petang sehingga 4:45 petang tadi mereka kita telah menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam.

“Ini adalah rekod, semua hotel-hotel kita telah menerima 1,000 tempahan daripada semua pelancong domestik yang hendak ke Langkawi.”

Zainudin Kadir menyifatkan perkembangan tersebut sebagai permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan mengalami kemerosotan impak pandemik COVID-19.

Walaupun sektor pelancongan telah dibuka, terdapat beberapa kemusykilan yang menjadi tanda tanya pengusaha hotel dan pengunjung antaranya fasiliti-fasiliti yang boleh gunakan di hotel seperti kolam renang.

“Orang bercuti bawa anak, bawa keluarga, sudah tentu kita nak gunakan kolam renang tapi dalam pengumuman PM tadi tidak secara terperinci. Saya akan berjumpa dengan Menteri Pelancongan sendiri untuk mendapat garis panduan yang ditetapkan.”

Pusat peranginan seperti Kereta Kabel Langkawi, Taman Tema Langkawi dan Taman Langkawi walaubagaimanapun masih belum dibuka kepada umum.

Sumber: Astro Awani