Trending

Harga Kereta Toyota Turun Sehingga RM17,391. Ini Senarai Harga Baru

Reading Time: 2 minutes

Selepas Perodua mengumumkan penurunan harga kereta sehingga 6 peratus beberapa hari lalu, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar model Toyota di Malaysia mengambil langkah sama mengumumkan pengurangan harga sehingga 6 peratus berkuatkuasa Isnin, 15 Jun.

Harga baharu itu adalah susulan insentif diberikan kerajaan kepada industri automotif tempatan seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pelan pemulihan ekonomi negara (PENJANA) Jumaat lalu.

Hampir semua kenderaan yang dijual oleh UMW Toyota diberikan pengurangan harga antara 1 hingga 6 peratus kecuali beberapa model seperti Hilux, Hiace dan teksi Avanza yang dikategorikan sebagai kenderaan komersial (tiada pengecualian cukai).

Model hatchback yang menjadi kegemaran ramai, Yaris akan dijual pada harga baru iaitu RM69,576 bagi varian1.5J selepas penurunan sebanyak 1.85 peratus. Sementara itu model sedan, Vios mengalami penurunan sebanyak 1.42 peratus bagi varian 1.5J dan dijual pada harga RM76,101.

Bagi model Toyota Alphard dan Toyota Velfire pula, kedua-dua model itu mengalami penurunan harga sebanyak RM17,391 dan RM14,419.

Difahamkan selain pengurangan harga, UMWT turut menawarkan rebat dan promosi bulanan yang membabitkan penjimatan tambahan dari RM1,260 hingga RM6,800.

Berikut senarai harga baru model Toyota berkuatkuasa Isnin ini, 15 Jun sehingga 31 Disember 2020.

Sumber: paultan.org

Sumber: paultan.org, Berita Harian