Trending

Boleh Rentas Negeri Bermula 10 Jun

Reading Time: < 1 minute

Teka teki mengenai kebenaran rentas negeri terjawab hari ini apabila Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri bermula 10 Jun

Menerusi perutusan khas itu, rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri kecuali kawasan-kawasan yang diisytiharkan PKPD.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diganti kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan akan berkuatkuasa sehingga 31 Ogos dengan beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mengikut syarat yang ditetapkan.

Semalam kerajaan mengumumkan pasar pagi, pasar malam dan bazaria dibenarkan beroperasi bermula 15 Jun. Selain itu kedai gunting rambut juga akan memulakan operasi pada 10 Jun ini.