Trending

Bakal Dibuka 15 Jun, Ini Waktu Operasi Baru UTC Seluruh Malaysia Sepanjang PKP

Reading Time: < 1 minute

YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”. Pengumuman itu turut menyentuh tentang penyeragaman operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Terbaru, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan mengumumkan untuk melanjutkan dan menyeragamkan waktu operasi UTC di seluruh negara yang bakal dibuka pada 15 Jun 2020.

Semua UTC akan dibuka pada pukul 8 pagi hingga 9 malam di semenanjung pada hari bekerja. UTC di Sarawak, Sabah dan Labuan akan beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja. Hujung minggu turut dibuka namun hanya sehingga 5 petang.

UTC akan beroperasi setiap hari kecuali pada cuti umum Persekutuan atau Negeri. Tiada waktu rehat bagi UTC kecuali pada hari Jumaat bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

Berikut waktu baru operasi UTC seluruh Malaysia bagi tahun 2020