Travel

111 Kru, 172 Juruterbang, 50 Jurutera AirAsia Bakal Diberhentikan

Reading Time: < 1 minute

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia dikatakan bakal melakukan skim perberhentian dalam usaha menstruktur semula organisasi.

Menerusi laporan Astro Awani, seramai 111 kru kabin, 172 juruterbang dan 50 jurutera bakal diberhentikan. Kesemua yang akan terlibat dalam skim pemberhentian itu akan dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam.

Sumber Astro Awani memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat telah mengadakan sesi taklimat bersama kakitangan syarikat berkenaan hari ini bagi memaklumkan tentang perkara tersebut. AirAsia bagaimanapun menjanjikan pampasan kepada semua yang terlibat.

Tambah sumber tersebut, bayaran bonus dan insentif akan dimansuhkan namun bayaran gaji pokok akan dikekalkan termasuk elaun penerbangan,sektor dan bermalam.

Sebelum ini khabar angin tentang pembuangan kerja mula bertiup kencang dalam kalangan pekerja syarikat itu. Operasi AirAsia berdepan tekanan hebat susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyaksikan ia menghentikan operasi penerbangan.

Airasia bagaimanapun telah kembali memulakan operasi pada 29 April lalu menerusi penerbangan domestik terpilih.

Sumber: Astro Awani