Trending

Tindakan Laksana PKP Satu Keputusan Yang Berat – Perdana Menteri

Reading Time: < 1 minute

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin muncul dalam satu temu bual khas yang ditayangkan di RTM, Astro Awani, TV3 dan Bernama TV pada Sabtu malam.

Dalam sesi temu bual itu, Muhyiddin menjawab pelbagai soalan yang diajukan merangkumi pelbagai topik termasuklah mengenai wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.

“Kita tahu ia (COVID-19) adalah situasi yang agak merbahaya dan boleh mengancam nyawa dan usaha harus kita buat dengan seberapa cepat yang mungkin kerana kelewatan sehari itu akan membawa kesan yang besar kepada rakyat.”

“Maka sebab itu kita membuat satu keputusan yang tidak pernah kita buat sebelum ini iaitu untuk mengenakan PKP sebagai cara mengekang penularan wabak COVID-19… dan kita lihat ini berlaku di banyak negara, hakikat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.”

Dalam temu bual tersebut, Muhyiddin memberitahu keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 18 Mac lalu adalah satu keputusan yang berat untuk dilakukan namun kerajaan harus bertindak pantas bagi menangani bawak ini.

Muhyiddin berkata selepas lebih sebulan, PKP kini semakin membuahkan hasil apabila menunjukkan perkembangan baik terhadap usaha mengekang penularan COVID-19. Ini dibuktikan dengan jumlah pesakit sembuh lebih banyak setiap hari berbanding kes baru.

Sehingga 25 April 2020, Malaysia telah mencatatkan 5,742 kes positif Covid-19 dengan 98 kematian direkodkan.

Temu Bual Khas Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin.

Siaran Langsung Temu Bual Khas Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin.

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Sabtu, 25 April 2020