MakananTrending

Resepi Ayam Bakar ‘Meraung’ Bersama Sos Thai, Senang Sangat Nak Buat!

Reading Time: < 1 minute

Resepi daging bakar cicah sos Thai atau daging bakar Danok mungkin korang semua dah try buat sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa kata kali ini, tukar daging kepada ayam pula.

Resepi ‘ayam bakar meraung’ perkongsian Sarina Seman di Facebook ini mendapat hampir 6,000 perkongsian. Peminat ayam boleh cuba buat!

Langkah 1: Perapan ayam

Bahan:

– Ayam belah 4 (biar ada lemak sikit baru sedap!)
– Akar daun ketumbar
– Bawang putih
– Gula perang
– Sos ikan
– Kicap pekat
– Lada sulah/hitam
– Minyak

Cara-cara
1) Blend semua, lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
2) Perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
3) Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit, bakar dengan api kecil. Atau kalau ada air fryer pun boleh

Langkah 2: Sos thai

Bahan:

– Sos ikan
– Air asam jawa
– Perahan limau nipis
– Gula kabung/nisan Thai
– Serbuk cili kasar
– Beras goreng
– Daun ketumbar (cincang)
– Akar ketumbar (cincang)
– Cili padi (cincang)
– Bawang merah (cincang)
– Bawang putih (cincang)

Cara-cara:

1) Bancuh semua bahan. Gaul semua, garam & gula secukup rasa.

SIAP!