Trending

Rakyat Malaysia Panik, Dakwa Rasai Gegaran Gempa Bumi Di Utara Sumatera

Reading Time: < 1 minute

Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter telah menggegarkan Utara Sumatera, Indonesia pada 4.20 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyaatan media di Facebook memaklumkan gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan jarak 27km Tenggara dari Padang Sidempuan,Indonesia.

Gegaran itu turut dirasai di Putrajaya, Kuala Lumpur, sebahagian Selangor, Pulau Pinang dan sebahagian Perak. Sebahagian pengguna media sosial yang merasai gegaran itu berkongsi pengalaman tersebut di Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia.

Mohd Shahrizal: Patut rasa bergoyang td…rumah apartment fasa 3, puncak alam

Schaiff Shaari: Ye betul, terasa gegaran di Sg. Chua Kajang dalam 10 saat rasanya

Che Puteh: Patut la rasa pening2 kejap kat pantai puteri, melaka ni td.. tetiba rasa goyang melayang je.. Harap takde papa la keluarga sebelah padang sana..

Wsams MW: Seksyen 5 bangi pun boleh tahan goyang. Ingatkan perasaan je tadi

Anna Far Hana: Patut laa rasa bgoyang tadi.. tapi Org x pcya.. puasa katanya sbb tu bgoyang ????

Walaubagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia