Travel

Polisi Penjarakan Sosial AirAsia Cuma Benarkan Bawa 1 Beg Kabin Sahaja

Reading Time: < 1 minute

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dijadualkan bakal menyambung semula penerbangan domestik bermula 29 April 2020. Syarikat tersebut sebelum ini terpaksa menggantung penerbangan ekoran sekatan perjalanan ke atas semua rakyat Malaysia.

Bagi mempraktikkan penjarakan sosial apabila memulakan penerbangan kelak, penumpang hanya dibenarkan membawa satu beg kabin sahaja berbanding dua sebelum ini. Polisi penjarakan sosial bagasi kabin ini hanya membenarkan penumpang membawa beg berukuran 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang) dan tidak melebihi 7kg.

Pelanggan yang merancang untuk membawa barangan lebih daripada had kabin bagasi yang dibenarkan boleh membuat tempahan pada kadar tertentu. 

Sementara itu kereta sorong bayi boleh diangkut secara percuma seperti bagasi berdaftar dengan syarat barang-barang ini digunakan oleh kanak-kanak atau bayi. Jika tidak, peruntukan bagasi berdaftar mestilah dibeli.

Kereta sorong bayi Pockit atau kereta sorong bayi yang boleh dilipat dibenarkan sebagai bagasi kabin dengan syarat ia memenuhi keperluan peruntukan bagasi kabin.

Sumber: AirAsia