Trending

KP Kesihatan Ingatkan Penduduk Zon Hijau Supaya Jangan Leka, ‘Perang’ Belum Tamat

Reading Time: < 1 minute

Khamis lalu kerajaan mengumumkan tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga 12 Mei bagi membendung wabak Covid-19 sepenuhnya.

Walaupun jumlah pesakit yang sedang dirawat semakin berkurang, ia bukan alasan untuk orang ramai ingkar PKP. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kawasan zon hijau.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan meluahkan rasa bimbang terhadap sikap segelintir masyarakat, terutamanya penduduk di zon hijau yang mengambil mudah situasi semasa.

“Pada hakikatnya, peperangan menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum tiba ke penghujungnya. Oleh itu, KKM menyeru kepada semua masyarakat termasuk mereka di kawasan yang diisytiharkan sebagai Zon Hijau agar tidak leka dan kekal mematuhi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).”

Orang ramai diingatkan supaya kekal berada di rumah, mengamalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter di samping mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

“Virus COVID-19 adalah musuh kita bersama, namun harus diingat bahawa kelalaian dan sikap ambil mudah masyarakat pula adalah sekutu kepada virus ini.”

Sidang Media Ketua Pengarah Kesihatan (25 April 2020)

Sidang Media Khas oleh Ketua Pengarah Kesihatan

Sidang Media Khas oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. (25/04/2020)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Sabtu, 25 April 2020