Trending

Kajian SUTD Ramal Covid-19 Di Malaysia Berakhir Awal Mei

Reading Time: < 1 minute

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia yang bermula pada 18 Mac lalu kini memasuki fasa ke-4  yang dijadualkan berakhir pada  12 Mei 2020.

Penurunan kes baru harian serta peningkatan kes pesakit sembuh pada ketika ini dilihat sebagai satu petanda positif wabak ini dapat ditangani sepenuhnya tidak lama lagi.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD), penularan wabak Covid-19 di Malaysia dijangka akan berakhir pada 6 Mei ini dan bebas wabak sepenuhnya menjelang akhir Mei.

Sementara itu, kajian tersebut juga meramalkan Covid-19 akan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan. Singapura ketika ini mencatatkan lebih 13,000 kes positif yang kebanyakannya melibatkan warga asing.

Virus di Itali diramalkan akan berakhir pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei). Kajian itu juga meramalkan dunia hanya akan pulih sepenuhnya 100 peratus daripada virus COVID-19 pada 8 Disember manakala pada 29 Mei ini, peratusan jangkitan itu akan turun kepada 97 peratus.

Sumber: SUTD, Awani,