Hiburan

Bella Astillah Mengaku Sedang Hamil Anak Kedua

Reading Time: < 1 minute

Sejak beberapa hari lalu media melaporkan Bella Astillah telah pun berbaik semula dengan bekas suaminya Aliff Aziz. Desas desus tentang berita kehamilan Bella juga bertiup kencang dalam kalangan netizen.

Di Instagram, Bella mengakui sedang berbadan dua selepas menjawab pertanyaan pengikutnya tentang berita kehamilan tersebut.

“@benn__ussa: Nampak wajah apa perubahan…..puan Bella berbadan dua Ka? Ayden bakal Ada adik?”

“bellaastilah: @benn__ussa ya saya.

“nurulaida94_: Bella mengandung anak yg kedua ni nampak lain lah berseri2 , apa pun tahniah Bella jaga kesihatan , jaga diri stay safe”

“bellaastillah: @nurulaida94_mashaAllah terima kasih???? stay safe too”

Ditanya tentang status terkini dirinya bersama Aliff, Bella memberitahu mereka kembali berbaik ketika dalam tempoh iddah jadi tidak perlu berkahwin semula.

“emi_aziznst: Bella da kawen balik ka dgn aliff?”

“bellaastillah: @emi_aziznstAlhamdulillah masa dalam iddah lg jadi tak perlu kahwin semula☺️ doakan ya.

Mei tahun lalu, Aliff Aziz melafazkan cerai talak satu terhadap bekas isterinya Bella Astillah di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur. Ini rentetan daripada kontroversi kecurangan Aliff Aziz bersama beberapa orang wanita seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Sumber: Bella Astillah