Hiburan

SENIMAN Cadang Kerajaan Bagi Bantuan Khas RM500-RM1000 Kepada Penggiat Seni

Reading Time: 2 minutes

Jumaat lalu Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi menangani wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.

Pengumuman itu dikatakan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, pekerja, majikan dan petugas barisan hadapan yang membanting tulang menangani wabak ini. Namun, tindakan beberapa orang selebriti yang mengharapkan bantuan khusus daripada kerajaan terhadap golongan anak seni menerima reaksi kurang senang masyarakat.

Persatuan Seniman Malaysia menerusi posting terbaru mereka di Instagram menyenaraikan beberapa cadangan bantuan yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan untuk disalurkan kepada anak seni. Berikut antara cadangan mereka:

Bantuan Khas Penggiat Seni

seniman

1) Cadangan Projek Inisiatif – Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 Covid19 KKMM (Bantuan Kecemasan)- Cadangan Nama Bantuan :
BANTUAN KHAS COVID-19 PENGGIAT SENI MALAYSIA (COVIDSENI-2020)

2) BANTUAN KHAS E-TUNAI ATAU TUNAI RM 500 HINGGA RM 1000 MENGGUNAKAN PEMBAYARN MELALUI ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) Saraan (mengikut kriteria) Semasa Krisis (untuk bayaran keperluan rumah seperti beras, mineral water dan barang keperluan penting semasa PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

3) “Skim Kerugian Seni” bantuan kerugian dari min RM 1000 ke RM 3000 menangung kerugian penanguhan pengambaran, promosi, persembahan dan yang lain lain melalui PKP dan segala kerja seni tertangguh dan mengalami kerugian skim ini sebagai jaminan.

4) BAUCER KEPERLUAN DIRI DAN RUMAH UNTUK ANAK SENI, JAMINAN KERAJAAN MELALUI KPDHEP DENGAN KERJASAMA PASARAYA SEPERTI TESCO, GIANT, NSK, MYDIN DAN SEBAGAINYA.

5) PEMERIKSAAN COVID 19 KESIHATAN PERCUMA UNTUK PENGGIAT SENI DI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA (yang memerlukan sahaja)

6) DANA KHAS PERSATUAN PERSATUAN SENI BAGI KEMPEN COVID 19 UNTUK MEMBANTU KERAJAAN MEMBERI PENERANGAN KEPADA RAKYAT DENGAN LEBIH BERKESAN.

7) SISTEM BANTUAN PENGGIAT SENI YANG TIDAK MEMPUNYAI KWSP
Bantuan kewangan Khas sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan yang diberikan kepada penggiat seni Malaysia.

Sumber: Persatuan Seniman Malaysia