Trending

Wanita Maki, Ludah Penguatkuasa Tunda Kereta Akan Ditangkap – Polis

Reading Time: 2 minutes

Tindakan seorang wanita memaki hamun dan meludah pembantu penguatkuasa tempatan sebaik mengetahui keretanya bakal ditunda mengundang padah apabila dia bakal ditahan polis dalam masa terdekat.

Identiti dikenal pasti

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, pihaknya menerima laporan dibuat pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung kejadian itu malam tadi.

Identiti wanita itu sudah dikenal pasti dan tangkapan akan dibuat untuk siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas

Marah kena kompaun

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan 1A/3, Fasa 1, Bandar Baru Sungai Buloh, semalam, wanita berkenaan bertindak agresif menghalang tugas pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Difahamkan dia meletakkan kereta bukan di tempat yang dibenarkan.

Dalam kejadian 12.12 tengah hari itu, anggota terbabit bersama rakan setugasnya membuat rondaan di sepanjang jalan berkenaan dan mereka mendapati ada kereta Nissan Almera diletakkan berhampiran pembahagi jalan sebelum mengenakan kompaun.

Bagaimanapun, rondaan berterusan mendapati kenderaan itu masih berada di situ dan tidak dialihkan. Anggota kemudian bertindak menunda.
Di media sosial ada segelintir netizen yang rapat dengan wanita tersebut menceritakan perkara sebenar. Menurut mereka, wanita tersebut telah pun berpisah dengan suami setelah kematian anak kedua.
Cerita tersebut bagaimanapun tidak dapat disahkan kesahihannya.
Sumber: Harian Metro