Trending

‘Tak Setuju Orang Ramai Kata Dia Dilaknat Allah’ – Dr Maza

Reading Time: 2 minutes

Selepas menerima kecaman hebat netizen, usahawan kosmetik, Sajat dikatakan telah pun berangkat meninggalkan Tanah Suci Mekah. Agensi umrah yang membawa Sajat dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa usahawan kosmetik itu memang mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu dia seorang khunsa.

Isu ini mendapat perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri (Dr Maza) yang berpendapat Sajat hanya perlu dinasihati berbanding isu itu dibincangkan secara meluas.

Doakan Sajat diberi hidayah

Dr Maza menasihatkan supaya netizen mendoakan Sajat diberikan petunjuk dan hidayah semasa mengerjakan umrah. Semoga dengan bermacam peristiwa dan pengalaman di Tanah Suci dapat menjadi asbab untuk Sajat berubah.

Kita nasihatkan dia (Nur Sajat) sahajalah, rahmat Tuhan itu luas dan mudah-mudahan dengan bermacam peristiwa dan pengalamannya di Makkah, dia berubah.

Itu sahajalah harapan saya dan kita mendoakan dia untuk kembali ke pangkal jalan kerana kadang-kadang setiap orang ada kesukaran dalam dirinya sehingga terperangkap dengan bermacam keadaan.

Nasihat secara baik

Beliau juga menyeru netizen agar memberi nasihat dengan penuh hemat dan jangan menghukum dengan mengatakan bahawa Sajat dilaknat Allah. Tindakan itu adalah tidak tepat dari segi agama.

Kita perlu nasihat beliau secara baik. Cuma saya tidak bersetuju orang ramai mengatakan bahawa beliau dilaknat Allah.

Kadang-kadang sesetengah orang ini ada cara dia dalam mencari publisiti khususnya dalam perniagaan tetapi saya pun tak tahu apa niat sebenar dia dengan bertindak sedemikian. Apapun kita nasihatkan dia…kita kata itu satu tindakan yang salah kepadanya

Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini