Hiburan

Kena ‘Gam’ Sindir Kerajaan Isu PH Air…Pak Ya, Ropie & Ajak Shiro Akhirnya Minta Maaf

Reading Time: 2 minutes

Selepas beberapa minggu tidak muncul dalam program Sepahtu Reunion Live 2020, Jep mengakui Pakya ‘digam’ oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ekoran lawaknya di dalam program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) yang dikatakan menyindir kerajaan.

Kesal dengan lawak di MLM2019

View this post on Instagram

Setelah mendapat kata sepakat, kami dari kumpulan Rare @rare_officialfc @ajakshiro @illya_senario @ropie_sryn_ dengan rendah diri membuat permohonan maaf kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan penonton tentang isu yang pernah berlaku di pentas final Maharaja Lawak Mega 2019. . Berita lanjut di hLive, Isnin 10hb Feb, 8.30pm, Astro Ria & Ria HD bersama hos lokasi @ellyarifin . . #hlive #hliveupdate #hliveeksklusif #salamjumaat #sayaajakdansayatidaksombong

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on

Terbaru, Pakya atau nama sebenarnya Ilya Buang yang juga anggota kumpulan Rare bersama Ajak Shiro dan Ropi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada MBSA.

Di sini kami kumpulan Rare ingin memohon maaf, kami merasa kesal terhadap apa yang berlaku di pentas final MLM yang mungkin menyebabkan ada pihak tersinggung dengan persembahan kami. Kami juga mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Kami harap apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat kami bertiga.

Sementara itu di ruangan komen netizen memberi sokongan padu kepada ketiga-tiga selebriti ini agar lebih berhati-hati dalam membuat persembahan. Segelintir netizen pula tidak bersetuju dengan permohonan maaf ini, malah menyifatkan kerajaan pada hari ini cepat ‘koyak’ atau dalam erti kata lain tidak mengamalkan dasar terbuka.

Sumber: Ajak Shiro