Tips

Cara Repair Semula Leher Baju T-Shirt Yang Kembang Setiap Kali Basuh

Reading Time: 2 minutes

Masa beli dulu okay je tapi bila dah banyak kali basuh, leher baju mula menggelebeh, lebih besar dan yang pasti kelihatan tidak kemas apabila dipakai. Situasi ini mesti pernah dialami oleh kita semua bukan?

Walaupun baju yang dibeli berharga ratusan ringgit tetap pernah kena juga! Jadi macam mana nak ‘repair’ semula kawasan leher baju yang ‘buruk’ ini? Jom ikuti tips dari pakar dobi Jepun ini!

Bahan yang diperlukan

-Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk.

-Seterika

-Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.

Langkah-langkah

1.Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam magkuk berisi ais kiub.

2. Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.

3. Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak.

4. Seterusnya, seterika bahagian leher baju atau neckline menghala ke atas baju

5. Letakkan T-Shirt pada permukaan rata sehingga kering.

6. Siap! Nampak tak leher baju dah macam baru. Tak ada gelebeh-gelebeh.

Sumber: Teeper