Trending

‘Astaghfirullah, Saya Masih Waras ‘ – Aina Abdul Jawab Dakwaan Persembahan ‘Bunuh Diri’ Di AJL34

Reading Time: 2 minutes

Lagu Sumpah ciptaan, lirik dan nyanyian Naim Daniel telah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil. Naib juara pula dimenangi oleh Aman Ra dengan lagu Bangun, manakala penampilan istimewa Datuk Siti Nurhaliza nyata memberi tuah kepada Anta Permana dendangan Bob Yusof apabila berjaya merangkul tempat ke-3. Disebalik kehangatan malam kemuncak AJL 34, terpalit beberapa kontroversi yang menjadi buah mulut netizen. Antara yang hangat diperkatakan ialah, persembahan Aina Abdul menerusi lagu Sumpah.

Gimik keterlaluan

Gimik menusuk pisau di dada sehingga baju berlumuran darah kurang disenangi oleh segelintir penonton yang menganggap aksi tersebut seakan menggalakkan bunuh diri. Di Facebook, sebuah akaun yang mempunyai lebih 522,000 pengikut, Public Health Malaysia mempersoalkan konsep persembahan tersebut yang didakwa keterlaluan dan melanggar peraturan.

Persembahan Konsep Mudarat Diri Keterlaluan & Melanggar Peraturan

Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan memudaratkan diri di pentas AJL tahun ini? Stesyen tv dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adegan sedemikian di media.

Mengikut pengacara, dalam persembahan tersebut, penyanyi yang berpakaian serba putih telah mencucuk dadanya sehingga cecair seperti darah membuak buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan warna seperti darah pekat yang mengalir.

Ternyata persembahan seperti ini memberi mesej yang SALAH kepada audiens mengenai kekesalan kekecewaan dalam percintaan sehingga perlu digambarkan dengan adegan yang agak sadis sebegitu.

Bimbang mendorong bunuh diri

Tambah membimbangkan jika persembahan tersebut akan menggalakkan mereka yang sedang mengalami kemurungan untuk bertindak di luar jangkaan iaitu mencederakan diri. Justeru, mereka meminta orang ramai melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Persembahan seperti ini jelas telah melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adegan memcederakan diri atau memudaratkan diri dengan menunjukkan/menjelaskan cara dan kaedah untuk melakukannya.

Bagi individu yang memiliki masalah mental, adegan seperti ini boleh menyebabkan TRIGGER yang boleh menggangu pemikiran dan mungkin mendorong mereka melakukan perbuatan yang merbahaya juga.

Bagi memastikan perkara seperti ini TIDAK BERULANG kami ingin memohon masyarakat untuk membantu untuk membuat perlaporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF).

Hanya simbolik

View this post on Instagram

HATI YANG BERDARAH ????! Alhamdulillah! Selesai sudah persembahan aina Di pentas #ajl34 yang selama ini aina idamkan. Aina Sangat bersyukur Kerana diberi peluang untuk berada di pentas berprestij ini. Jika semua perasan, persembahan aina tadi merupakan kesinambungan Muzik Video SUMPAH. Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya. Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba aina sampaikan… Doakan aina yaa.❤️ . . . Outfit by : @tsyhmi Makeup by : @ahma_dani Blood works Special Effect by : @ellasandera (Instagram) Heels by : @giuseppezanotti Video by : @hazmyahna Photo by : @badrulazhar_ Styled by : @nazlivingastyle Fabrics by : @jakel_shahalam . . . #ajl34 #sumpahainaabdul #ainaabdul

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

Penyanyi Sumpah itu bagaimanapun menepis dakwaan tersebut sambil menyifatkan persembahan di AJL34 hanya simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya. Tambah Aina, hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya.

Menurut Aina, sebagai seorang wanita muslim dia masih lagi mampu berfikir dengan waras dan tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar hukum Islam.

View this post on Instagram

Kenyataan Aina Abdul Dakwaan Persembahan Konsep Bunuh Diri. . Assalamualaikum wbt. . Astaghfirullah al adzim… Nauzubillah min zalik… Sebagai seorang wanita muslim, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukan konsep seperti yang didakwa. . Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. . Persembahan saya hanya sebuah ekspresi seni yang saya sampaikan atas pentas AJL34 dan ia merupakan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah. . Perkara ini saya sudah pun maklumkan sejurus selepas persembahan selesai di Instagram saya. . Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya. . Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. . Semua orang mempunyai pendapat berbeza dan ingin saya tegaskan sekali lagi, persembahan saya tidak menyentuh elemen seperti yang didakwa. . Ia langsung tiada kena mengena dengan dakwaan yang diperkatakan dan saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham yang timbul. . Saya harap dengan penjelasan ini dapat meleraikan segala kekusutan yang melanda. . Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang AJL34 dan semua team produksi. Berada di pentas AJL34 sudah membuatkan saya sangat bersyukur. . Sejujurnya, saya tak fikir mengenai menang atau kalah kerana pentas AJL34 merupakan permulaan saya menyerlahkan lagi bakat di persada seni. . Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada peminat saya, @ainations yang tidak jemu menyokong. Anda semua kekuatan saya dan saya tak akan berhenti berusaha untuk me balas jasa anda semua. . Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan lagu Sumpah. Alhamdulillah. . . Outfit by : @tsyhmi Makeup by : @ahma_dani Blood works Special Effect by : @ellasandera (Instagram) Heels by : @giuseppezanotti Video by : @hazmyahna Photo by : @badrulazhar_ Styled by : @nazlivingastyle Fabrics by : @jakel_shahalam . . . #ajl34 #ainaabdul #sumpahainaabdul

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

Sumber: Aina Abdul, Public Health Malaysia