Tips

‘Masa Tadika Dah Kena Belajar Basic Mandarin’ – Tips Nak Hantar Anak Ke Sekolah Cina

Reading Time: 3 minutes

Ramai ibu bapa pada hari ini menyimpan hasrat untuk menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dengan harapan mahu anak mereka menguasai bahasa tersebut. Namun atas beberapa faktor, impian itu terpaksa dilupakan kerana kemasukan pelajar Melayu ke SJKC bukanlah satu proses yang mudah.

Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Zaza Zaura berkongsi sedikit pengalaman menghantar anaknya bersekolah di SJKC dari darjah sehingga darjah 3. Anaknya dipindahkan ke sekolah kebangsaan ketika darjah 4 atas beberapa faktor.

Hantar anak ke SJKC?

Sedikit pengalaman sy sepanjang anak sy bersekolah di sjkc utk mereka yg ada plan nak hantar anak2 juga ke sjkc.Jarang2 sy nak up pasal anak apatah lagi banyak gambar nye tapi sekadar kenangan2 dan bila tengok semula gmbr ni rasa sekejap saja masa berlalu dah besar pon anak aku.

– Tadika/Taska/Pra sekolah

Okey,1st kalau korang dah set & niat “ aku nak hantar anak aku sekolah aliran cina” so parents kene pastikan dari awal 4tahun dah hantar anak ke tadika/taska yg basic mandarin utk ke sjkc.Biasanya teacher akan tanya,ada plan tak nak hantar anak ke sjkc? Kalau ada,teacher akan rekemen utk ambil class basic mandarin supaya bila anak masuk saja darjah 1 die dah boleh faham dan tak ketinggalan.Dalam setahun,anak dah boleh faham dan bertutur dlm Mandarin sedikit demi sedikit tapi make sure juga anak boleh bertutur dalam bahasa English.Anak sy banyak bertutur English dengan rakan2 disekolah.So tadika/taska awal sangat2 main peranan.Pilih yg bersesuaian.

– Permohonan

Biasanya di Sjkc ada kauta utk murid malay.Ada sesetengah sjkc akan interview dulu.Permohonan utk darjah 1 terus ke JPN dan listkan sjkc mana parent nak.JPN akan minta parent pilih 3 sekolah.Tengoklah mana yg akan dapat.Selalunya berdekatan dengan rumah.

– Homework

Semestinya dah diajar dari tadika lagi sentiasa ada homework sampai kami balik kampung pon bawa buku2 anak.

– Mandarin

Kene tahu,segala info dan maklumat biasanya disampaikan dalam bahasa Mandarin.Duduk di dewan,dikantin semua dalam bahasa Mandarin so parents kene selalu bertanyakan pada guru atau mgkin boleh adakan whatsapp group.

Semua subject di Sjkc dalam bahasa Mandarin.Mathematic,Sains semua Mandarin kecuali Bahasa Melayu,Bahasa English & moral (Islam class asing)

– Tuition

Sangat penting untuk bantu anak lagi2 utk siapkan homework.Bayangkan stress nye anak kalau tak ada tuitions,kita tak faham @ tak tahu mandarin macam mana kita nak tolong ajar dieorg buat homework? Kecuali mmg kita tahu @ faham..so cari tuitions yg boleh anak2 siapkan homework terus.

– KAFA / Agama Islam

Sebagai malay yg beragama islam akan ada kelas moral tapi dlm seminggu cuma 4kali tahap 1 sememangnya tak cukup so parents kene tolong anak2 utk ambil KAFA utk tambahan.Pada sy,kita tak nak anak pandai dunia saja.

Makanan sebolehnya dibekalkan dari rumah.

– Disiplin

Yes,sangat membentuk anak untuk disiplin dgn baik dari segi masa,beratur,siapkan homework dll.
Buat sampai pandai,tak pandai akan ketinggalan.Biasanya akan diajar minum air putih banyak sampai berbotol-botol botol air anak sy.

– Social

Anak sy senang bergaul tak kira chinese or india tapi kebanyakan dieorg akan berbahasa english.And yg paling sy suka,anak tak ada keluarkan bahasa yg tak sepatutnya. Pernah anak sy balik dari sekolah tunjukan ada pesta buku katanya cikgu ckp klo nak enjoy boleh lah pergi.So korang faham lah enjoy die tu mcm mana..dgn buku-buku ???? anak sy suka buku.

Masuk darjah 3 anak mula minta ditukarkan ke SK katanya banyak yg die tak dapat.Belajar ada yg die tak faham,nak jadi ketua kelas pon tak dapat.Nak join sukan tak dapat.Kene tahu juga,sjkc anak sy mungkin dulukan sumbangan yg lebih.Kalau parents bagi lebih mungkin akan didulukan.So untuk hantar anak ke sjkc jangan Survey sekolah tapi survey kedudukan anak dlm daerah/negeri. Anak2 chinese kebanyakannya pandai2,parents pon sentiasa berlawan utk dpt no top 5 so mcm mana anak kita nak lawan.Kene survey sekolah dgn baik agar anak kita boleh bersaing.

Dah tukar ke SK alhamdulillah ada nampak perubahan pada anak sy.Die mula dapat 1st exam hujung tahun dan darjah 4 naik kelas.Dah dapat join apa yg die minat.Kiranya die dah aktif di sekolah dgn beruniform dan persatuan.Dan salah sorang murid target.

Owh ya,salAh satu sebab juga sy tukarkan anak ke SK..kami plan nak hntr anak ke SBP/mrsm klo ada rezeki atau result baik.Bila dari sjkc mungkin peluang tak banyak utk ke SBP.

Utk parents yg nak tukarkan anak ke SK sy sarankan tukar sebelum anak masuk tahap 2 (darjah 4-6) sebb silibus sjkc xsama dgn sk.Di sekolah baru ini pon anak sy masih ambil Mandarin sebagai tambahan.Sy teruskan sbb die dah ada basic so sekadar utk anak lancar berbahasa mandarin itu xdek masalah di sekolah baru skrg.
Bonus juga lah utk anak sy yg boleh berbahasa mandarin

Apapon perkongsian sy semoga yg baik diambil guna,mana yg sy tertinggal mohon tambah dan betulkan.

Perjalanan anak2 masih jauh tapi kita sebagai ibuayah pasti nak yg terbaik.Dan pada sy,agama juga jgn dilupakan.

Kita jgn pernah hukum sekolah itu xbagus sekolah ini xpatut.As parents kita patut tahu apa yg kita nak corakkan utk anak kita.Dan tahap anak2 mgkin tak sama.Lain pula dgn anak no 2…nanti2 kita story lagi ya ❤️

Sumber: Zara Zaura