Trending

Kerajaan Tangguh Ambil Alih 4 Lebuhraya RM6.2 Billion? Ini Respon Tun Mahathir

Reading Time: < 1 minute

Cadangan kerajaan untuk mengambil alih empat lebuhraya bernilai RM6.2 bilion yang dinyatakan sebelum ini ditangguhkan sementara untuk penilaian semula terhadap harga yang ditawarkan, menurut sumber kerajaan.

Menurut laporan  Malay Mail, sebahagian daripada pegawai kerajaan pusat termasuk ahli kabinet merasakan jumlah itu berlebihan dan perlu disemak semula.

Sesetengah pihak menyatakan, anggaran kutipan oleh Kementerian Kewangan, ditambah pula dengan kutipan caj kesesakan, mungkin tidak akan membolehkan pengambilalihan itu mendanai tindakan tersebut sendiri, seperti yang dibentangkan kini. “Semua perkara berkaitan (cadangan Gamuda) ditangguh sementara untuk penilaian semula,” akhbar ST memetik seorang menteri yang namanya tidak didedahkan.

Menteri yang sama juga mengatakan bahawa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memaklumkan rancangan berkenaan kepada umum dan membuat tawaran kepada pemegang konsesi tanpa mendapat persetujuan kabinet. Gamuda, yang kemudiannya bersetuju dengan tawaran tersebut juga merupakan pelopor bagi projek Pelan Pengangkutan Pulau Pinang bernilai RM46 bilion – yang mana terdahulu Lim Guan Eng merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jun lalu, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) telah menawarkan pengambilalihan pengendalian terhadap empat lebuhraya di Lembah Klang dengan nilai RM6.2 bilion. Empat syarikat konsesi lebuhraya terbabit ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART (SMART).

Sementara itu menerusi laporan Mynewshub, Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan kerajaan menangguhkan cadangan untuk ambil alih empat raya milik Gamuda Berhad kerana tidak dapat persetujuan jemaah menteri, seperti dilaporkan media di Singapura semalam.

Dr Mahathir berkata cadangan itu ditangguhkan kerana Kabinet perlu masa untuk memutuskan bila pengambilalihan itu akan dilaksanakan.

Kementerian Kewangan nampak yakin ia boleh dilaksanakan. Tetapi masalahnya ialah kita tiada wang.

Tetapi Kementerian Kewangan kata dengan mengenakan caj pada waktu-waktu puncak, mereka boleh mengumpul dana yang mencukupi untuk membiayai pengambilalihan keempat-empat lebuhraya itu. Kita akan tengok nanti sama ada cukup atau tidak.

Sumber: Malay Mail, Mynewshub