Hiburan

Sukar Bernafas, Gelisah, Diana Danielle Menangis Saat Kongsi Keperitan Hadapi Anxiety Attack

Reading Time: 2 minutes

Pengikut akaun Instagram Diana Danielle hari ini digemparkan dengan satu video yang dimuatnaik oleh pelakon itu. Menerusi video berdurasi 2.50 minit itu, Diana Danielle memberitahu dirinya menderita gangguan kebimbangan melampau sehingga sukar untuk bernafas.

View this post on Instagram

Those who have it can relate. I dont care how my hair or face or clothes look like right now — this is the raw truth that many people have tried to deny themselves of, family members saying “it’s not real, chill” or you yourself saying “i dont know why, am i weak? Am i just mengada?” No dear — your mind, your body, your everything just feels unlike yourself. You think – hm, maybe if i have enough sleep i’d be better. Maybe if i have enough food i’d be better. But this thing is unpredictable. It plays with your emotions, and right now im tired. See I dont cry. I dont. Only when it hurts to my core. But not being able to breathe for so many days is so scary and is sooooo frustrating. My chest hurts from overextending the breathing. I would never dream of making a video crying like a baby and show it to the world. But, This is my truth and so many others. I share because in malaysia this is not shared, and its not fair. So ill be open and try some solutions given by so many good hearted people.

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Menurut isteri Farid Kamil itu, dirinya berdepan gangguan itu sejak dua minggu yang lalu apabila sukar tidur, degupan jantung laju, dan hilang selera makan. Perkara ini berlarutan sehinggalah dirinya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital

Dada saya begitu sesak kerana cuba bertarung untuk bernafas. Saya tidak pernah terfikir untuk membuat rakaman video saya menangis seperti bayi dan dipertontonkan kepada seluruh dunia.

Tetapi, itulah realiti. Saya berkongsi kerana tidak adil jika saya terus menyembunyikannya. Saya perlu terbuka dan cuba mencari jalan penyelesaian seperti yang disarankan mereka yang baik hati.

Hanya mereka yang pernah mengalami memahami hal ini. Saya tidak peduli bagaimana rambut, wajah dan cara berpakaian saya ketika ini.

View this post on Instagram

I had what seems like an anxiety attack that started about 2 weeks ago, symptoms propped up one after another, excessively sweaty palms, severe insomnia, racing heatbeat, restlessness, loss of appetite. I knew it was impending on me but I thought I could fight it. 3 days ago I started having asthmatic symptoms, tightening of the chest and very shallow breathing, today my ribs and the muscles around my back are starting to ache from just trying to get a full breath. So right now I’m still struggling to breathe with ease… once I recover I’d like to share my experience with hopes that it’ll be helpful if anyone out there is going through the same thing. Anxiety is F-ing real, and it F-ing hurts and affects your livelihood. Imagine taking half breaths for 3 days? It just feels like you’re drowning in your own body. . . i know i look happy in the video; i normally am a cheerful girl but today I broke down crying a couple of times sebab nafas tak puas. So it’s not an easy few days — but let’s see how this subsides. InsyaAllah…

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Di ruangan komen, pengikut Diana dilihat turut berkongsi kisah dan pengalaman mereka mengadapi penyakit tersebut. Tidak kurang juga yang tampil memberi nasihat serta panduan untuk menangani masalah berkenaan.

Selain itu rakan artis juga tidak ketinggalan memberi komen positif yang mendoakan kesihatan Diana pulih. Antaranya Lisa Surihani, Fazura, Sherry Alhadad, Bella Astillah, Wani Hasrita, Uyaina Arshad dan Daiyan Trisha.

Sumber: Diana Danielle