Trending

Murid Darjah 5 Ditahan Rogol Kakak Sepupu Di Sabah, Mengaku Kerap Tonton Video Lucah

Reading Time: < 1 minute

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan menerima laporan seorang murid tahun lima merogol kakak sepupunya yang berusia 12 tahun di rumah mereka pada Ahad lalu. Sejurus menerima laporan, pihak polis bertindak menahan kanak-kanak itu.

Dalam kejadian itu, kedua-dua murid sekolah rendah terbabit dikesan melakukan hubungan seks di dalam bilik tidur sebelum disedari abang mangsa. Ibu mangsa kemudian membuat laporan sejurus selepas kejadian disedari ahli keluarganya.

Menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak lelaki itu mengaku sudah empat kali melakukan hubungan seks bersama mangsa selepas terpengaruh dengan video lucah yang ditonton menerusi telefon pintar.

Hasil siasatan yang dijalankan, kanak-kanak lelaki itu mengaku sudah empat kali melakukan hubungan seks bersama mangsa.

Kanak-kanak ini juga mengaku terpengaruh dengan video lucah yang ditonton menerusi telefon pintar.

Kanak-kanak lelaki terbabit kemudiannya ditahan kira-kira jam 12 tengah hari pada keesokan hari untuk membantu siasatan lanjut dan kini sedang direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaa

Mohd Haris berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti sejak bila kejadian itu berlaku.

Sumber: Harian Metro