Trending

Keluarga Sahkan Mayat Perempuan Ditemui Adalah Nora Anne

Reading Time: < 1 minute

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan mayat perempuan berkulit putih yang ditemui kira-kira 2 kilometer dari sebuah resort terletak di Pantai, Seremban ialah Nora Anne Quoirin yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

Pengesahan itu diperoleh selepas pihak keluarga membuat pengecaman mayat di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) pada malam selasa.

Keluarga dibawa untuk pengecaman mayat dan mereka mengesahkan mayat itu adalah Nora Anne. Proses bedah siasat akan dijalankan oleh Senior Patologi dari Hospital Kuala Lumpur pada 10 pagi esok.

Memetik laporan Harian Metro, mayat Nora Anne ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi SAR berkenaan di Gunung Berembun. Mayat ditemui di kawasan lurah kira-kira 2 kilometer dari resort tempat remaja itu menginap. Ketika ditemui, mayat tidak berpakaian berhampiran anak sungai.

Kawasan mayat berkenaan ditemui termasuk dalam liputan kawasan pencarian pasukan SAR sebelum ini. Proses bedah siasat pula akan dilakukan pada 10 pagi esok. Polis dalam satu kenyataan memberitahu operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi mangsa dilaporkan hilang masih diteruskan sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

Sumber: Harian Metro