Trending

Kerajaan Akan Teruskan Pengajaran Tulisan Khat & Jawi Di Sekolah – Tun M

Reading Time: < 1 minute

Setelah hangat diperkatakan warganet sejak beberapa hari lalu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir menegaskan pengenalan tulisan khat dalam matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 akan tetap diteruskan mulai tahun hadapan. Isu tulisan khat ini menerima tentangan beberapa individu dan pertubuhan yang mewakili institusi pendidikan Cina.

Tun Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan seorang pelajar dalam sesi dialog Majlis Townhall Semarak Merdeka di Bandar Hilir pada Sabtu. Menerusi laporan Astro Awani, Tun Mahathir berkata kerajaan tidak pernah membantah penggunaan tulisan dalam bahasa lain. Justeru penting untuk semua pihak menghormati dan menerima keputusan yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini.

Kita tidak pernah bantah kegunaan tulisan lain, seperti bahasa Cina kerana ini adalah sesuatu yang istimewa dalam negara kita ini.

Tulisan dalam bahasa Cina tidak dibenarkan di negara-negara lain (seperti) di Indonesia, Filipina, dan Thailand. Mereka gunakan tulisan mereka.

Tun Mahathir juga menemplak tindakan segelintir pihak DAP dan pertubuhan tertentu yang menentang penulisan khat. Penulisan khat suatu seni yang tinggi dan mesti diteruskan.

Tambah Tun Mahathir lagi, tulisan khat merupakan satu warisan seni yang tinggi malah ketika kunjungannya ke Turki baru-baru ini, walaupun penduduk Turki menggunakan tulisan Rumi namun mereka tetap mahir dalam tulisan khat.

Tulisan khat ni adalah satu seni yang tinggi dan baru ni saya pergi ke Turki, dan Turki juga menggunakan tulisan rumi, tetapi mereka cukup cekap dalam mengukir tulusan khat dengan jawi.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian