Gaya Hidup

Pengawal Keselamatan Tiada Hak Ambil & Simpan Kad Pengenalan Anda

Reading Time: < 1 minute

Pernah tak anda mengalami situasi setiap kali mahu berkunjung ke rumah rakan yang diawasi oleh pengawal keselamatan, anda dikehendaki meninggalkan kad pengenalan atau lesen memandu? Selamat ke buat macam ini? Boleh ke pengawal keselamatan pegang lesen kita?

Namun sebenarnya, hendaklah anda ketahui bahawa memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi salah satu kesalahan. Kecuali bagi pegawai yang diberikan kuasa – Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), jika disabitkan kesalahan, anda boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Ini merupakan pegawai-pegawai yang diberikan kuasa untuk memegang atau menyimpan kad pengenalan anda:

1. Pegawai polis
2. Pegawai pendaftaran
3. Pegawai kastam
4. Mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah
5. Anggota tentera yang bertugas menjaga dan mengawas

Diingatkan bahawa mana-mana pengawal keselamatan TIDAK MEMPUNYAI KUASA untuk meminta dan menyimpan kad pengenalan anda!

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)